GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan akaun Twitter rasmi suruhanjaya itu, @SKMM_MCMC diceroboh pihak yang tidak bertanggungjawab.

SKMM dalam kenyataannya berkata, susulan itu, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan digantung buat sementara waktu.

"Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang dimuat naik melalui akaun berkenaan, yang bukan dikeluarkan oleh pihak SKMM," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2021 @ 11:25 PM