Rosman Shamsudin


Muallim: Lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini sehingga 7.30 pagi tadi bagi menempatkan mangsa banjir.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, di Tanjung Malim, terdapat dua PPS dibuka di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Balun dan PPS Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), yang menempatkan 271 mangsa banjir.

Katanya, dua lagi PPS yang dibuka di Tanjung Malim iaitu PPS Kampung Pauh di Kampung Pauh dan PPS Dewan Kampung Pasir di Kampung Sungai Lembing bagi menempatkan seramai 49 mangsa.

"Di Slim River pula, terdapat empat PPS dibuka untuk menempatkan mangsa banjir seramai 157 orang.

"PPS yang dibuka di Slim River iaitu PPS Sekolah Agama Slim Village dan PPS Dewan Slim Village di kawasan Slim Village serta PPS Kampung Pasir di Kampung Pasir dan PPS Surau An-Nur Hidayah di Kampung Sungai Muda Ulu Slim," katanya.

Sementara itu, tinjauan di Kampung Balun yang membabitkan mangsa banjir yang paling ramai di daerah ini, mendapati air masih lagi belum surut.

Hujan lebat semalam dari awal pagi hingga ke malam tadi menyebabkan air Sungai Slim melimpah ke kampung terbabit kira-kira 9 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 10:16 AM