Bukit Aman. FOTO Arkib NSTP
Bukit Aman. FOTO Arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanannya berkuat kuasa 2 Februari 2021.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Asmawati Ahmad berkata, ia membabitkan pegawai kanan dari Bukit Aman, Kelantan dan Perak.

"Pertukaran itu membabitkan Pegawai Turus Risikan, Cawangan Risikan/Operasi Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Superintendan Amir Hussin.

"Beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Perlis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Asmawati berkata, Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Sik Choon Foo dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah dengan memangku pangkat Superintendan.

Beliau berkata, Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Perak Deputi Superintendan Mohd Sohaimi Ishak pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seri Alam, Johor.

Katanya, Mohd Sohaimi akan memangku pangkat Superintendan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2020 @ 8:50 PM