Warga asing yang bekerja di sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur.
Warga asing yang bekerja di sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur.
Oleh Muhammad Yusri Muzamir


Kuala Lumpur: Walaupun ada pemborong yang mengemukakan rayuan, Kementerian Wilayah Persekutuan kekal dengan pendirian tidak membenarkan pengambilan pekerja warga asing di Pasar Borong Selayang di sini.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendirian itu kekal walaupun ada pemborong yang mengemukakan surat rayuan mahu mengambil pekerja asing sebagai pembantu di Pasar Borong Selayang.

"Jawapan saya tetap. Saya tidak benarkan warga asing berkerja di situ (Pasar Borong Selayang).

"Ambil warga tempatan berkerja, usah cuba buat rayuan lagi. Ini dasar," katanya dalam ciapan di laman Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kawasan pasar borong khususnya di Selayang perlu bebas daripada warga asing dan tidak mahu lagi dilabel sebagai Little Myanmar, Little Arakan sebaliknya perlu kekal dengan nama asal.

Justeru, peniaga, terutama dalam kawasan pasar borong digesa mengupah pekerja tempatan, menggantikan pekerja asing yang kebanyakannya menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, pada 20 April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 1:59 PM