SHAHDIANA (kiri), Nadia (tengah) dan Maza.
SHAHDIANA (kiri), Nadia (tengah) dan Maza.
hmetro

Penganalisis Ekonomi Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali "Jika semua PKS memanfaatkan peruntukan menerusi Belanjawan 2021, saya yakin ekonomi kembali rancak yang secara tidak langsung meningkatkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti diunjur untuk tahun depan."

Pengurus pasar mini, Shahdiana Rashikin Ahmad Sohaimi, 35

"BPN yang lalu membantu perbelanjaan keperluan rumah kami, BPN 2.0 pula ditunggu manakala BPR bantuan kami harapkan supaya ia benar-benar disalurkan.

Pandemik ini mungkin tidak memulihkan ekonomi kita dengan cepat jadi saya yakin kalau kami sendiri menantikan BPR, bagaimana agaknya kesusahan dialami golongan yang dibuang kerja."

Suri rumah, Nadia Idris, 34

"Suami berniaga makanan petang dan ada kalanya saya turut membantu, tetapi hakikatnya pendapatan tidak seperti selalu mungkin disebabkan pelanggan risau keluar rumah dan memilih masak sendiri di rumah.

Jadi apabila ada bantuan seperti BPN dan harapnya BPR pula nanti, kekurangan pendapatan membayar komitmen pinjaman dengan bank dan lain-lain tidak terbeban sangat."

Pengasas Shugarholic Resources, Maza Asma Mustaffa

"Kami berasa lega apabila kerajaan mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM3,000 untuk PKS (perusahaan kecil dan sederhana) mikro menerusi Geran Khas Prihatin GKP.

Dengan suntikan untuk PKS menerusi Belanjawan 2021, diharap impian kami dapat direalisasikan. Kami juga berharap dapat menubuhkan pasukan penghantar sendiri pada masa akan datang."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 10:04 AM