Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Proses permohonan baharu untuk fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang dipercepatkan dari Mei ke hujung Februari sudah dibuka untuk permohonan sehingga 15 Februari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, permohonan BPR itu boleh dibuat melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.

"Bantuan berkenaan diharap dapat memanfaatkan lebih lapan juta penerima B40 yang lulus di bawah BPN 2.0 dan Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020), selain mereka yang lulus permohonan baharu kelak," katanya dalam laporan Laksana ke-38 Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan 2021, Permai, Kita Prihatin, Penjana dan Prihatin di Facebooknya, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) awal bulan ini berkata, fasa pertama BPR akan membabitkan lebih lapan juta penerima.

BPR akan memanfaatkan golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan dengan bantuan sebanyak RM300, manakala bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 akan menerima RM150.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 5:01 PM