SARJAN Norihan Tari yang masih dirawat di Hospital Pulau Pinang . FOTO arkib NSTP
SARJAN Norihan Tari yang masih dirawat di Hospital Pulau Pinang . FOTO arkib NSTP
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Kesihatan Sarjan Norihan Tari, 39, yang ditembak di sempadan Malaysia-Thailand, Selasa lalu dilaporkan semakin baik.

Pegawai Pemerintah Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak, Superintendan Rosman Kasman berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada isterinya, Norihan sudah boleh bercakap dan minum.

Katanya, bagaimanapun Norihan yang masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) hanya dapat berbaring dan masih tidak boleh makan makanan pepejal.

"Sehingga kini beliau tidak boleh menerima pelawat lagi dan diminta doktor untuk berehat sepenuhnya selepas kejadian itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, pakar yang merawat Norihan memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik selepas pembedahan mengeluarkan dua peluru di tubuhnya berjaya.

Abd Rahim berkata, susulan perkembangan itu, Norihan dipindahkan ke wad biasa, namun masih di bawah pemantauan serta pemerhatian doktor pakar.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, Norihan dan rakannya, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terbabit dalam kejadian berbalas tembakan bersama penyeludup ketika rondaan berhampiran Pos TS9 Padang Besar, Perlis.

Bagaimanapun, Baharuddin terkorban selepas terkenan tembakan, manakala Norihan yang parah sempat keluar bagi mendapatkan bantuan.

Berita berkaitan:

  • Norihan terharu terima watikah, surat penghargaan [METROTV]
  • Sarjan Norihan mula tunjuk perkembangan positif
  • Norihan selamat jalani pembedahan buang dua peluru
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 12:55 PM