SEMANGGAR Ahmad (duduk kiri) bersama Pegawai Pembangunan Masyarakat Kluang P.Thanaselan (dua dari kiri) bersama sebahagian penduduk selepas menerima Bekalan Makanan Hadapan. FOTO Adnan Ibrahim
SEMANGGAR Ahmad (duduk kiri) bersama Pegawai Pembangunan Masyarakat Kluang P.Thanaselan (dua dari kiri) bersama sebahagian penduduk selepas menerima Bekalan Makanan Hadapan. FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim

Kluang: Penduduk Kampung Orang Asli Pucur di Pekan Kahang dekat sini melahirkan rasa syukur selepas menerima bekalan makanan yang dihantar lebih awal ke perkampungan mereka sebagai persiapan menghadapi banjir.

Tok Batin Kampung Orang Asli Pucur, Semanggar Ahmad berkata, 84 penduduk daripada 22 keluarga di kampung berkenaan sememangnya mengharapkan bantuan awal bagi mengelakkan mereka terputus bekalan sekiranya banjir berlaku secara mengejut.

Katanya, pada masa ini pihaknya masih boleh keluar ke Pekan Kahang melalui jalan darat namun sekiranya banjir semua laluan ke kampung berkenaan akan terputus.

"Makanan yang dianggarkan boleh digunakan selama 14 hari ini hanya akan dibahagikan kepada penduduk sekiranya kampung ini terputus hubungan jalan darat dengan pekan berhampiran,"katanya.

Semanggar berkata demikian selepas menerima bekalan makanan hadapan yang dihantar ke kampung berkenaan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat Kluang P Thanaselan hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 5:53 PM