GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noorazura Abdul Rahman


Kulim: Beberapa kawasan di sini, akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 11 pagi hingga 7 malam ini.

Ia membabitkan 5,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata, gangguan bekalan itu berikutan kerja membaik pulih pam bocor di permukaan sauk Loji Rawatan Air (LRA) Mahang.

Katanya, kerja itu bagi mengelak kebocoran menjadi lebih teruk dan menyebabkan masalah bekalan air ketika sambutan Deepavali tidak lama lagi.

"Pengguna yang terjejas antaranya di Kampung Sungai Taka, Jermai, Bonggo Durian, Kampung Kenangan, Rantau Panjang, Sungai Batu, Sungai Pasir, Kampung Kasai, Kampung Cerok Meranti, Kampung Kuala Dingin dan KEDA Sungai Buloh.

"Turut terjejas, Kampung Sungai Tengas, Jalan Selama Kedah, Kampung Rastali, Kampung Medan, Taman Sri Tanjung, seluruh mukim Mahang, Kampung Kerbau Balar, Jalan Baru Sedim, KEDA Dingin, Kampung Sungai Badak, FELDA Gunong Bongsu, Kampung Sri Bongsu dan Kampung Aman," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, beliau meminta pengguna di kawasan terjejas melakukan persiapan awal dan menggunakan air secara berhemah.

Katanya, SADA memohon maaf atas kesulitan yang bakal dihadapi pengguna di kawasan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 November 2020 @ 8:46 AM