KAMBING yang terperangkap atas bumbung sebuah kedai. FOTO ihsan APM
KAMBING yang terperangkap atas bumbung sebuah kedai. FOTO ihsan APM
Nur Izzati Mohamad


Bukit Mertajam: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang menyelamatkan dua kambing yang terperangkap atas bumbung sebuah kedai menjual kenderaan dekat Bukit Tengah, di sini, pagi tadi.

Jurucakap APM berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik haiwan berusia 50-an pada 10.30 pagi melaporkan kejadian itu.

"Dua pegawai dan dua anggota APM dari daerah Seberang Perai Tengah bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat haiwan itu," katanya.

KAMBING terperangkap di bumbung yang dibawa turun. FOTO ihsan APM
KAMBING terperangkap di bumbung yang dibawa turun. FOTO ihsan APM

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota APM membuat tindakan pengepungan sebelum membawa turun haiwan terbabit dan diserahkan kepada pemilik.

Tambahnya, operasi tamat pada 11.25 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 5:21 PM