Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebanyak 270 kertas siasatan berita palsu berkaitan Covid-19 dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 133 masih dalam siasatan manakala 35 kes didakwa di mahkamah, 19 mengaku salah dan 12 diberikan notis amaran.

"Tindakan penguatkuasaan aktif juga sedang dijalankan pada masa ini berdasarkan laporan awam yang diterima.

"Pada masa sama, sebanyak 388 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan diragui kesahihannya dan sentiasa menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita daripada sumber rasmi atau boleh dipercayai.

"Perkara yang belum tentu sahih jika kita turut sebarkan dan sekiranya didapati tidak benar, boleh dikenakan tindakan," katanya.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-89115103 atau layari www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2020 @ 5:53 PM