GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Kuala Kangsar: Tiada kes jangkitan wabak Covid-19 berlaku di daerah ini, baru-baru ini seperti dakwaan yang ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, orang ramai tidak perlu panik kerana dakwaan terbabit adalah palsu.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan pihak polis bagi memastikan arahan kuarantin kepada individu berkaitan dipatuhi sepanjang tempoh ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya menasihatkan masyarakat tidak menyebarkan berita palsu kerana kesalahan boleh disiasat mengikut Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kumpulan penduduk di aplikasi WhatsApp 'kecoh' apabila terdapat gambar seorang individu kononnya didapati positif Covid-19 di Sayong dibawa ke hospital menaiki ambulans.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2020 @ 8:40 PM