GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Semua pemandu bas henti-henti di daerah ini diarahkan membuat ujian calitan Covid-19 esok.

Pengerusi Lembaga Perlesenan dan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP), Datuk Chin Kim Hiung berkata, saringan akan dijalankan di Dewan Masyarakat Sandakan, bermula jam 9 pagi.

"Dalam program itu juga, kami akan membantu pengusaha dan pemandu menyediakan kod respon pantas (QR) Mysejahtera.

"Ini kerana kami difahamkan ada antaranya yang tidak tahu menyediakan kod QR di bas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pengusaha bas juga dibenarkan mengambil penumpang dalam kapasiti separuh sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2020 @ 4:35 PM