PEMANDU bas menjalani ujian calitan Covid-19 di Dewan Masyarakat Sandakan, pagi tadi, sebelum beberapa pemandu disyaki positif. FOTO ihsan LPKP
PEMANDU bas menjalani ujian calitan Covid-19 di Dewan Masyarakat Sandakan, pagi tadi, sebelum beberapa pemandu disyaki positif. FOTO ihsan LPKP
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Perkhidmatan bas mini dan bas henti-henti di daerah ini dihentikan sementara bermula esok.

Pengerusi Lembaga Perlesenan dan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Datuk Chin Kim Hiung berkata, langkah itu terpaksa diambil susulan pengesanan beberapa pemandu bas didapati positif Covid-19.

Menurutnya, terdapat beberapa lagi pemandu bas disyaki positif selepas satu saringan diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan, pagi tadi.

"Pada pagi tadi (semalam), seramai 150 pemandu bas menjalani saringan calitan Covid-19.

"Ada beberapa pemandu bas didapati positif dan ada juga yang disyaki positif Covid-19. Bagaimanapun keputusan penuh jumlah positif akan dimaklumkan kelak," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, perkhidmatan bas dihentikan sementara bermula hari ini sehingga 20 Oktober depan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2020 @ 6:22 PM