Foto Hiasan
Foto Hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi

Gombak: Beri RM1 selepas mencabul kanak-kanak perempuan.

Begitulah perbuatan keji seorang pekerja kedai runcit warga Indonesia ketika mangsa bersama dua abangnya ke premis itu di Bandar Country Homes, Rawang di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian itu disedari ibunya berusia 28 tahun ketika berada di rumah apabila mangsa berusia tujuh tahun memaklumkan perbuatan suspek yang berusia 26 tahun.

Menurutnya, mangsa bersama dua abangnya berusia sembilan tahun pergi ke kedai runcit itu pada 2 petang sebelum suspek meminta abang mangsa untuk membuang kotak sampah.

"Suspek kemudian menarik tangan mangsa ke belakang kedai dan terus mencabulnya.

"Suspek juga meminta mangsa menciumnya sebelum diberi wang RM1," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Arifai berkata, ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Rawang untuk tindakan selanjutnya.

"Susulan itu, kita menahan suspek dan direman selama enam hari sehingga 2 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 6:45 PM