Foto hiasan
Foto hiasan
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Seorang pendaki cedera ketika mendaki Bukit Apek, Hulu Langat di sini, hari ini.

Difahamkan, lelaki berusia 21 tahun itu menghubungi abangnya untuk memaklumkan keadaannya pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, abangnya berusaha mencari adiknya itu tetapi tidak dapat dikesan lalu menghubungi bomba untuk bantuan pada 4.34 petang.

"Seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn serta Pandan ke lokasi.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bermula 5 petang tadi," katanya.

Katanya, mangsa sudah berjaya ditemui dan kini pasukannya dalam perjalanan membawa mangsa turun ke kaki bukit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 8:14 PM