DUA wanita warga asing ditahan dalam Op Noda di rumah kedai di Damansara. FOTO ihsan polis
DUA wanita warga asing ditahan dalam Op Noda di rumah kedai di Damansara. FOTO ihsan polis
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Dua wanita warga asing ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan pelacuran dalam Operasi Noda (Op Noda) di sebuah rumah kedai di Damansara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan di lokasi terbabit dilakukan jam 4.40 petang.

"Dalam serbuan itu, kami menahan dua wanita warga asing yang dipercayai pelacur berada di dalam premis berkenaan.

"Hasil soal siasat dilakukan mendapati mereka bekerja tanpa majikan dan menjalankan kegiatan pelacuran selama sebulan di premis yang disewa berkenaan.

"Mereka menawarkan harga RM200 bagi setiap perkhidmatan dan mensasarkan pelanggan dalam kalangan lelaki tempatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pihaknya merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran iaitu tiga telefon bimbit, tiga kondom, kunci dan wang tunai berjumlah RM300.

"Kedua-dua suspek direman selama 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 7:34 PM