DR Noor Hisham Abdullah . FOTO Arkib NSTP
DR Noor Hisham Abdullah . FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Jangkitan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini merekodkan penurunan kes kepada dua angka iaitu sebanyak 58 kes berbanding 182 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes 9,868 jangkitan wabak itu dalam negara dengan jumlah kebolehjangkitan 551.

Menurutnya, daripada 58 kes baru, 53 kes adalah kes tempatan dan lima kes import membabitkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara.

"Lapan kes pulih dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 9,189 kes bersamaan 93.59 peratus.

"Hingga kini sembilan individu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes kematian disebabkan Covid-19 di negara ini dan jumlahnya kekal 128 kes iaitu 1.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Pertambahan kes baharu itu sebahagian besarnya membabitkan Kluster Benteng di Sabah iaitu 44 kes baharu diikuti Kluster Sungai lima kes baharu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 5:23 PM