AHLI Kelab Penunggang Harley Davidson Muafakat Malaysia/Harley Davidson Riders Club Malaysia melepaskan sebanyak 63 anak penyu sempena hari kebangsaan di Pantai Chendor. FOTO Mohd Rafi Mamat
AHLI Kelab Penunggang Harley Davidson Muafakat Malaysia/Harley Davidson Riders Club Malaysia melepaskan sebanyak 63 anak penyu sempena hari kebangsaan di Pantai Chendor. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


KELAB Penunggang Harley Davidson Muafakat Malaysia/Harley Davidson Riders Club Malaysia (HDRCM) mengadakan program melepaskan 63 anak penyu agar sempena Hari Kebangsaan Ke-63 di Pantai Chendor, Kuantan, semalam.

Pengerusi HDRCM, Lokman Abdul Latiff berkata, program kali pertama itu diadakan dengan kerjasama Rimbun Dahan yang terbabit dengan aktiviti penetasan reptilia itu di Pahang.

Beliau berkata, program konvoi bermotosikal bersama keluarga selama dua hari itu bertujuan memperkenalkan pusat pelancongan di kawasan Cherating yang terkenal dengan pelbagai produk menarik.

"Rata-rata ahli kelab begitu teruja apabila kali pertama berpeluang melihat lebih dekat anak penyu seterusnya dapat melepaskan ke laut.

"Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini begitu bermakna bagi kami apabila melepaskan 63 anak penyu agar sebagai simbolik 63 tahun negara merdeka serta bebas daripada penjajah.

"Saya bercadang untuk menjadikan program melepaskan anak penyu sebagai acara tahunan kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 4:12 PM