GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Hazira Ahmad Zaidi


PAS masih belum memuktamadkan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, masih ada masa untuk menentukan soal jumlah kerusi yang berpotensi untuk diletakkan calon daripada parti itu.

"Kita ada masa lebih daripada dua minggu. Jadi kita akan bincang dengan rakan-rakan kerjasama... di Sabah BN bukan sahaja UMNO, tapi juga MCA, PBS, PBRS, Bersatu dan parti-parti komponen yang lain.

"Daripada sudut pengagihan kerusi, sedang berbincang cuma jumlahnya masih belum dimuktamadkan lagi. Kadang-kadang esok hari penamaan calon, malam ni pun tidak muktamad lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasminkan Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di Kota Bharu, hari ini.

TAKIYUDDIN (kanan) beramah mesra dengan penuntut Institut Perguruan Sultan Mizan selepas melancarkan Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
TAKIYUDDIN (kanan) beramah mesra dengan penuntut Institut Perguruan Sultan Mizan selepas melancarkan Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September ini untuk pilihan raya negeri (PRN) manakala hari pencalonan pula pada 12 September.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 2:35 PM