Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (tengah) menyantuni penduduk setempat ketika berkempen. FOTO BERNAMA
Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (tengah) menyantuni penduduk setempat ketika berkempen. FOTO BERNAMA
BERNAMA

KEJUTAN boleh berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim yang juga kubu kuat Barisan Nasional (BN), kata calon Bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Kata peguam berusia 38 tahun itu, berdasarkan maklum balas diterimanya, pengundi bersedia untuk bertukar dan mengundi berdasarkan kepada kredibiliti calon.

"Contoh di Felda, pengundi Melayu dan kecenderungan mereka adalah kepada wakil rakyat sebelum ini (BN), tetapi apabila 'walkabout' kami, kami agak terkejut sebab penerimaan mereka adalah agak berbeza.

"Saya lihat kecenderungan pengundi berminat melakukan perubahan, mereka nak pilih mengikut kredibiliti calon," katanya kepada media di sekitar pekan Slim River di sini, hari ini.

Amir Khusyairi percaya, beliau akan menerima undi daripada ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 5:27 PM