JKM Kuala Selangor mencari ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, Mohammad Syafiq bagi membantu prosedur dokumentasi pengambilan anak angkat. FOTO ihsan JKM Kuala Selangor
JKM Kuala Selangor mencari ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, Mohammad Syafiq bagi membantu prosedur dokumentasi pengambilan anak angkat. FOTO ihsan JKM Kuala Selangor
Amirul Aiman Hamsuddin


JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta bantuan orang ramai mengesan ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki untuk membantu urusan pengambilan anak angkat.

Dalam kenyataan dikeluarkan, JKM berkata, ibu kanak-kanak berusia 11 tahun itu dikenali Zuraidah Mohd Suki yang beralamat terakhir di Kampung Bukit Kuching, Jeram.

Wanita berkenaan menyerahkan anak lelakinya yang dinamakan Mohammad Syafiq kepada JKM Kuala Selangor sejak berusia seminggu.

"Ketika ini kanak-kanak berkenaan dalam perintah jagaan orang layak dan sesuai," kata kenyataan itu.

JKM memberitahu penjaga kepada kanak-kanak berkenaan berhasrat menjadikannya anak angkat sah selepas menjaga selama dua tahun.

"Justeru ibu kandung atau waris terdekat diminta tampil untuk melancarkan prosedur pengambilan anak angkat. Pihak berkenaan boleh menghubungi Fauziah Salleh di talian 017-284 7256," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2020 @ 9:18 AM