SANGLANG, 7 Ogos -- Penjaga Kawasan Masjid Ar-Rahman, Kampung Simpang, M. Zamani Omar meletakkan 'papan tanda' mengenai penutupan masjid buat sementara waktu ketika tinjauan di Sanglang hari ini.Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penutupan masjid itu sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak berikutan berulangnya penularan COVID-19 di negeri ini.
Baginda turut bertitah individu yang berada dalam kawasan terlibat juga dilarang keluar dari kariah masing-masing untuk melakukan solat atau mengimarahkan masjid di kariah lain.
Sebanyak tujuh buah masjid di DUN Sanglang ditutup manakala tiga buah lagi masjid dalam DUN Simpang Empat ditutup manakala dalam DUN Guar Sanji, dua buah masjid turut tersenarai dalam penutupan tersebut.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail. FOTO arkib NSTP
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua 12 masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan kawasan berdekatan ditutup mulai hari ini sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penutupan masjid itu dilakukan berikutan berulangnya penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

"Dengan itu, solat Jumaat hari ini diganti dengan Solat Zohor di rumah masing-masing," titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs menerusi satu kenyataan hari ini.

Baginda bertitah individu yang berada dalam kawasan terlibat juga dilarang keluar dari kariah masing-masing untuk melakukan solat atau mengimarahkan masjid di kariah lain.

Tujuh masjid yang ditutup di DUN Sanglang ialah Masjid Al-Rahman, Kampung Simpang Sanglang; Masjid Al-Maghfirah, Sungai Korok; Masjid Darul Salam, Kampung Padang Keria; Masjid Al-Makmur, Kampung Bongor Kudung; Masjid Al-Furqan, Kampung Bunga Emas; Masjid Asy-Syakur, Kampung Permatang Bongor dan Masjid Dato' Jaafar Hassan, Kampung Sungai Padan.

Turut ditutup ialah tiga masjid dalam DUN Simpang Empat iaitu Masjid Putra, Simpang Empat; Masjid Al-'Ilmi, Sungai Berembang dan Masjid Ameer Fawwaz, Kampung Sungai.

Sementara itu, dalam DUN Guar Sanji, dua buah masjid yang tersenarai ialah Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantik Bangun dan Masjid Nurul Muttaqin, Kampung Che Ok.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 10:39 AM