GAMBAR yang tular di media sosial.
GAMBAR yang tular di media sosial.
Asrol Awang


POLIS Pahang menafikan lelaki sedang mengisi minyak di stesen di Kuantan dikompaun kerana tidak memakai pelitup.

Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata, sebaliknya individu terbabit hanya dikenakan amaran oleh anggota polis yang melakukan pemantauan di stesen minyak berkenaan.

Katanya, tidak timbul kes kompaun dikenakan terhadap individu terbabit ketika anggota polis membuat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

"Stesen minyak diwartakan sebagai tempat awam dan orang awam berhak untuk pergi ke stesen minyak dan kes di stesen minyak itu, kita bagi amaran sahaja bukannya saman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gambar yang tular di media sosial menunjukkan individu yang sedang mengisi minyak dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

Gambar tular terbabit dikatakan berlaku di stesen minyak di Batu 3, Jalan Gambang, Kuantan.

Bagaimanapun, Abd Jalil berkata, pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan pelaksanaan mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos lalu.

"Kita nak beri pengajaran kepada orang ramai untuk menjadikan pemakaian pelitup muka ini sebagai norma baharu dalam kehidupan kita seharian," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2020 @ 5:03 PM