Mahaizura Abd Malik


MALIK Streams Production & Distribution Sdn Bhd akan mengambil tindakan terhadap Rayhan Kabir yang membuat kenyataan palsu serta mencemarkan nama baik dan reputasi syarikat itu.

Syarikat itu mengesahkan lelaki berkenaan yang mendakwa dirinya Ketua Pemasaran syarikat itu bukan kakitangan mereka.

Katanya, kenyataan dibuat Rayhan kabir bersifat peribadi dan berat sebelah serta tidak menggambarkan pandangan dan prinsip syarikat berkenaan.

"Untuk rekod, Rayhan Kabir pernah memberikan perkhidmatannya kepada syarikat sebagai kontraktor sebelum ini tetapi beliau bukan pekerja di Malik Streams Production & Distribution Sdn Bhd.

"Kami terkejut dengan kenyataan pada akaun Facebook Rayhan Kabir yang menyatakan dia adalah Ketua Pemasaran di syarikat kami.

"Kami akan mengambil tindakan sewarjarnya terhadap dia kerana misreprensentasi (gambaran yang salah) dan memudaratkan nama baik dan reputasi kami," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu berkata, mereka bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menjalankan sebarang siasatan terhadap

isu berkenaan.

"Kami ingin menekankan kehormatan dan kebanggaan kami terhadap Malaysia dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pandangan negatif atau fitnah terhadap tanah air tercinta," katanya.

Pada 3 Julai lalu, dokumentari Al Jazeera bertajuk 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' menyiarkan Rayhan Kabir mengkritik kerajaan Malaysia diskriminasi dalam mengendalikan Covid-19 membabitkan warga asing.

Susulan penyiaran yang didakwa berat sebelah dan tidak adil, polis semalam memulakan siasatan terhadap Al Jazeera, malah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar media antarabangsa itu menunjukkan bukti dakwaan berkenaan.

Dokumentari berkenaan mengundang reaksi kurang senang rakyat negara ini termasuk ada antanya melancarkan boikot terhadap Al Jazeera di

media sosial.

Berita berkaitan:

  • Al Jazeera, wartawan akan dipanggil: KPN
  • Polis mula siasat laporan Al Jazeera
  • Lagi laporan polis terhadap Al Jazeera
  • Semua negara tak benar Pati bebas ketika Covid-19: KPN
  • 'Saya cabar Al Jazeera' [METROTV]
  • Rakyat mahu kerajaan tegas terhadap PATI
  • Bertegas dengan warga asing bermasalah
  • Malaysia bertindak terhadap Pati ikut undang-undang
  • Laporan Al Jazeera tidak benar
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 12:34 PM