ANTARA individu yang ditahan. FOTO ihsan Polis
ANTARA individu yang ditahan. FOTO ihsan Polis
Hassan Omar

SERAMAI 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripada mereka warga Indonesia, ditahan ketika sambutan hari lahir di rumah di Pulau Sebang, Alor Gajah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian 12.50 tengah malam itu sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Alor Gajah menyerbu rumah berkenaan.

"Mereka yang berusia antara 20 hingga 43 tahun menjalani ujian air kencing dan semuanya positif dadah, dipercayai jenis methamphetamine.

"Pemeriksaan lanjut menjumpai 16 pil ecstacy dan satu botol plastik kecil yang disyaki berisi dadah ketamin," katanya di Alor Gajah, hari ini.

Beliau berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Selain itu, mereka turut dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), katanya.

Beliau menegaskan, polis akan terus melaksanakan operasi bagi membanteras penagihan dadah, terutama dalam kalangan remaja.

Pix 1: Sebahagian daripada 37 individu ditahan kerana terbabit dalam parti liar dan melanggar PKPP di sebuah rumah di taman perumahan di Pulau Sebang, Alor Gajah.

Pix 2 dan 3: Polis menjalankan siasatan di sebuah rumah taman perumahan di Pulau Sebang, Alor Gajah selepas menahan 37 individu dipercayai terbabit dalam parti liar.

- Foto ihsan PDRM

From: HJ HASAN

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2020 @ 11:27 AM