Dusun durian milik Abd Rahman Kutah di Kampung Gepu, Ulu Jelebu. FOTO ABNOR HAMIZAM
Dusun durian milik Abd Rahman Kutah di Kampung Gepu, Ulu Jelebu. FOTO ABNOR HAMIZAM
Abnor Hamizam Abd Manap


MUSIM durian antara nostalgia terindah kepada warga emas apabila usahanya menanam 50 pokok durian ketika usia mudanya memberi manfaat kepada anak, cucu dan cicitnya pada hari ini.

Jika tidak dek kerana desakan rakan ketika itu, Abd Rahman Kutah, 90, dari Kampung Gepu, Ulu Jelebu tidak mempunyai dusun durian seluas 0.8 hektar pada hari ini.

Mengimbau kenangan lama itu, Abd Rahman berkata, ketika berusia 30-an, dia gigih mendapatkan benih pokok durian untuk ditanam di atas bekas tanah sawah padi berhampiran rumahnya.

Katanya, ketika itu buah durian tidak banyak dan ia sangat sukar diperoleh menyebabkan kebanyakan orang yang mempunyai pokok durian tidak mahu berkongsi buah berkenaan.

Dusun durian milik Abd Rahman Kutah di Kampung Gepu, Ulu Jelebu. FOTO ABNOR HAMIZAM
Dusun durian milik Abd Rahman Kutah di Kampung Gepu, Ulu Jelebu. FOTO ABNOR HAMIZAM

"Nak kata kedekut pun tidak, tapi buah susah nak dapat jadi mustahil mereka nak berkongsi dengan jiran tetangga menyebabkan siapa yang ada pokok durian ketika itu sangat beruntung.

"Berikutan itu, saya nekad menanam pokok durian biarpun ada beritahu tanah bekas tapak sawah padi tidak sesuai ditanam durian.

"Selepas 15 tahun, pokok durian ditanam secara berperingkat itu mula berbuah dan saya amat gembira kerana usaha itu sudah berhasil dan terus berbuah sehingga kini," katanya.

Katanya, dia menanam durian untuk memastikan ahli keluarga dapat menikmati buah berkenaan, namun tidak menyangka harganya mahal ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 3:29 PM