Anggota APM membantu penduduk pindah ke PPS hari ini. Foto Ihsan APM
Anggota APM membantu penduduk pindah ke PPS hari ini. Foto Ihsan APM
Essa Abu Yamin


LIMA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 82 mangsa banjir daripada 18 buah keluarga di Muar, hari ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi dan SK Batu 18, SK Orang Kaya Ali dan SK Tanjung Tohor dibuka 12 tengahari tadi.

Menurut Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muar, penduduk yang tinggal berhampiran sungai sudah dipindahkan ke PPS berikutan jangkaan air pasang malam nanti.

"Sehingga 12 tengahari, tiga jalan yang terputus hubungan sejak pagi tadi sudah boleh dilalui semua kenderaan.

"Paras air di beberapa sungai masih normal namun pemantauan digiatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, beberapa buah rumah dimasuki air mulai surut bagaimanapun beberapa rumah yang kritikal terpaksa dipindahkan atas sebab keadaan cuaca dan persediaan air pasang dijangka berlaku pada malam ini.

Katanya, proses pemindahan dilakukan mengikut SOP (Prosedur Operasi Standard) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 7:09 PM