ALIRAN trafik di Lebuhraya PLUS pada 9.30 pagi berhampiran susur keluar plaza tol Jalan Duta, Kuala Lumpur masih lancar. FOTO Rohanis Shukri
ALIRAN trafik di Lebuhraya PLUS pada 9.30 pagi berhampiran susur keluar plaza tol Jalan Duta, Kuala Lumpur masih lancar. FOTO Rohanis Shukri
Ekhwan Haque Fazlul Haque


KEADAAN trafik seluruh negara masih lancar sehingga 10 pagi, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, berdasarkan pemantauan polis, tidak berlaku kesesakan di laluan utama keluar dari ibu kota termasuk lebuh raya utama.

Menurutnya, polis akan sentiasa menjalankan pemantauan untuk memastikan keadaan trafik lancar khususnya pada Sabtu dan Ahad.

"Saya akan maklumkan perkembangan terkini trafik 12 tengah hari nanti. Setakat ini laluan dan lebuh raya utama masih lancar," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Laluan dan lebuh raya utama negara dijangka akan mengalami kesesakan ekoran warga kota yang sudah mula pulang ke kampung.

Ini susulan pengumuman kerajaan yang membenarkan rakyat merentas negeri susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak Rabu lalu.

Kesempatan ini membolehkan rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Berita berkaitan:

  • Dah lama tak balik kampung, Karak sesak teruk
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2020 @ 10:45 AM