FOTO NSTP
FOTO NSTP
Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Pergerakan trafik mulai perlahan di beberapa kawasan lebuh raya utama disebabkan pertambahan kenderaan, sejak pagi tadi dan dijangka sesak menjelang petang ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, setakat jam 1 petang ini, aliran trafik lebuh raya utara selatan di utara perlahan bermula daripada Seberang Jaya menuju Prai dan hentian Rawat dan Rehat Sungai Perak ke Terowong Menora.

"Manakala di selatan, trafik masuk ke ibu negara perlahan daripada Pedas Linggi ke Simpang Ampat, Alor Gajah, Sedenak ke Simpang Renggam serta Seremban menuju Bandar Aindales, Seremban.

"Semua lokasi ini kenderaan bergerak perlahan berpunca daripada kemalangan kecil yang tidak menghalang laluan namun kesesakan dijangka berlaku menjelang petang susulan pertambahan kenderaan pulang beraya dari kampung halaman," katanya.

Sementara itu katanya, tiada kesesakan berlaku di lebuh raya pantai timur seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 yang masih terkawal dan lancar setakat jam 1 petang ini.

"Keadaan lancar turut dilihat di beberapa lebuh raya di dalam bandar sekitar Lembah Klang namun dijangka sesak menjelang petang dan malam apabila semua kenderaan mula memasuki ibu negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 1:34 PM