Redzuan Muharam

SERAMAI 500,444 pelajar kelas peperiksaan awam akan kembali bersekolah pada 24 Jun depan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia membabitkan pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, semua pelajar, guru , kakitangan dan individu yang berurusan di sekolah bagaimanapun diwajibkan mematuhi garis panduan ditetapkan termasuk pemeriksaan suhu badan di pintu masuk.

"Saya memohon ibu bapa untuk memastikan hanya anak sihat saja ke sekolah.

"Warga sekolah sentiasa perlu mematuhi garis panduan.

"Kami harap pembukaan semua sekolah mulai 24 Jun nanti dalam keadaan selamat. Apa yang penting kita patuh arahan dan saranan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurut Mohd Radzi, sekolah akan dibuka secara berperingkat dan kemasukan murid serta pelajar lain akan diumumkan kelak.

"KPM akan umumkan sebarang perkembangan dari masa ke semasa," katanya.

PENGARAH Pendidikan Negeri Sembilan Md Fiah Jamin (dua, kanan) mendengar penerangan daripada Pengetua SMK King George V Roslin Balia (kanan) ketika meninjau persiapan pihak sekolah mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Muhammad Faid Abdul Rashid (kiri) dan Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Negeri Sembilan Armi Ubaidillah Abd Mutalib (dua, kiri). FOTO Bernama

Berita berkaitan:

  • Sesi persekolahan pelajar Tingkatan 5 dan 6 bermula 24 Jun [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2020 @ 6:17 PM