GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Ahmad Hasbi

Seremban: Seramai 23,111 pelajar di Negeri Sembilan akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka, esok.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Md Fiah Md Jamin berkata, ia membabitkan seramai 14,779 pelajar tingkatan lima, 1,855 pelajar tingkatan enam rendah dan 1,333 pelajar tingkatan enam atas.

"Selain itu, seramai 1,392 pelajar Berkeperluan Khas Menengah, 3,700 pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, 33 pelajar yang mengambil International Baccalaureate Diploma dan 22 pelajar yang akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, seramai 937 pelajar dari lapan sekolah berasrama penuh dan 558 pelajar dari sekolah asrama harian dibenarkan pulang ke asrama, semalam.

Terdahulu media melaporkan sekolah dan seluruh ekosistem pendidikan negeri yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sudah bersedia menerima kehadiran pelajar masing-masing menjelang sesi persekolahan secara bersemuka mulai hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dilaporkan berkata, ketika ini sekolah di Langkawi, Labuan dan Negeri Sembilan akan mengikut pengoperasian sekolah Fasa 4 PPN.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 1:33 PM