DR Noor Hisham berbual sesuatu dengan Dr Rohaizat selepas sidang media harian Covid-19 sempena persaraannya timbalannya di Kementerian Kesihatan. FOTO Luqman Hakim Zubir
DR Noor Hisham berbual sesuatu dengan Dr Rohaizat selepas sidang media harian Covid-19 sempena persaraannya timbalannya di Kementerian Kesihatan. FOTO Luqman Hakim Zubir
Shamran Sarahan dan Yusmizal Dolah Aling dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebak semasa mengumumkan persaraan salah seorang panglima perang Covid-19, Datuk Dr Rohaizat Yon yang bersara wajib.

Menyifatkan timbalannya itu sebagai antara orang yang penting ketika berdepan wabak berkenaan, Dr Noor Hisham kelihatan sebak ketika menutup sesi sidang media harian, hari ini.

"Hari ini adalah hari terakhir salah seorang panglima perang saya iaitu Datuk Dr Rohaizat Yon yang bersara wajib pada 10 Jun 2020 selepas berkhidmat selama 35 tahun 10 hari.

"Beliau bersama pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia mengharungi dan memerangi wabak Covid-19.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Rohaizat kerana memberi komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat Malaysia," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2020 @ 6:06 PM