GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Shamran Sarahan dan Raja Noraina Raja Rahim


MESYUARAT dan bengkel juga dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, beliau menjelaskan, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan sektor ekonomi akan beroperasi semula sepanjang (PKPP).

"Seperti mana yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, perkhidmatan gunting rambut dan salun akan dibenarkan, begitu juga pasar terbuka, pasar pagi, malam, tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan dibenarkan.

"Selain itu, aktiviti komersial yang membabitkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan.

"Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem," katanya ketika berucap dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 3:28 PM