Suliati Asri


DALAM usaha menangi penularan Pandemik Covid-19, kita disaran melakukan penjarakan sosial walaupun ketika meraikan Aidilfitri.

Walaupun lebaran ini diraikan dalam keadaan norma baharu seperti tidak balik kampung, tiada kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan melakukan rumah terbuka serta mungkin beraya berseorangan, rakyat Malaysia tetap meraikan hari raya dengan gembira.

Hari raya yang berbeza ini juga pastinya lebih bermakna dengan adanya HUAWEI Y6p, telefon baharu oleh HUAWEI yang ditawarkan pada harga RM559. Harga yang sangat berpatutan tetapi padat dengan ciri terbaharu dan canggih.

HUAWEI Y6p aksesori cantik dipadankan dengan baju hari raya

Walaupun tidak dapat balik ke kampung, hari raya akan tetap meriah dengan Y6p yang mempunyai skrin dan bateri yang besar.

Dengan Y6p ini juga, sangat mudah menyimpan gambar dan video dari sanak saudara serta gambar pakaian hari ini (OOTD) di pagi raya.

Bateri pun kena tahan lama untuk menanti panggilan telefon, video dan mesej dari keluarga dan rakan untuk ucapan hari raya.

Y6p mempunyai tiga warna menarik yang dapat dipadankan dengan baju hari raya sekali gus menjadi aksesori cantik untuk meraikan hari raya yang cukup berbeza dan bermakna ini.

Panggilan video bersama yang tersayang

Menerusi skrin bersaiz 6.3 inci dengan resolusi 1600x720, panggilan video bersama yang tersayang untuk bermaafan dan bertanya khabar sememangnya cukup selesa.

Bagi yang meraikan Aidilfitri sendiri dan cuba memasak lauk istimewa , membuat panggilan video bersama ibu bapa dan rakan sambil masak bersama pada malam raya pastinya momen terindah.

Rakam memori di hari raya

Didatangkan dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP, Y6p sesuai digunakan untuk mengambil gambar dan video ibu sedang memasak untuk dikongsi bersama abang dan kakak yang tidak dapat balik beraya bersama.

Selain itu, Y6p dengan ruang memori besar iaitu 64GB membolehkan pengguna menyimpan gambar dan video yang banyak. Oleh yang demikian, sesi fotografi berpakaian sedondon yang menjadi kemestian di hari raya pastinya lebih meriah tanpa perlu risau memori penuh.

Menariknya, pelanggan HUAWEI yang membeli Y6p ini layak untuk mendapatkan 15GB storan cloud secara percuma selama 12 bulan. Jadi, pengguna tidak perlu risau sama ada cukup storan untuk semua video dan gambar raya

Duit raya tanpa tunai

Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya kini boleh diberi tanpa tunai. Setiap peranti HUAWEI termasuklah model baharu, Y6p, pengguna boleh mengakses AppGallery yang menawarkan beratus aplikasi terkini.

Antara aplikasi popular di dalam AppGallery adalah Maybank2u, eDompet Touch n' Go dan Boost. Alhamdullilah! Masih boleh hantar dan terima duit raya!

Menonton filem bersama di rumah

Khas untuk pengguna HUAWEI Y6p, mereka ditawarkan Viu Premium secara percuma untuk dua bulan.

Ingin menonton filem bersama keluarga di rumah? Caranya mudah saja. Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di AppGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center ini.

Dengan adanya Viu Premium ini, pengguna HUAWEI Y6p dapat menonton pelbagai filem dan drama popular tanpa iklan serta filem eksklusif untuk pelanggan Viu Premium. Ia pasti memeriahkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan sempena hari raya yang berbeza ini.

Y6p kini boleh dibeli di kedai rasmi HUAWEI serta dalam talian. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://bit.ly/3gP0tSi serta Facebook HUAWEI Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 9:30 AM