Mohamad Qayyum Abdul Jalil di lokasi kolam ternakan udang galah di Kampung Gunung Pasir Seri Menanti Kuala Pilah.
Mohamad Qayyum Abdul Jalil di lokasi kolam ternakan udang galah di Kampung Gunung Pasir Seri Menanti Kuala Pilah.
Mohd Amin Jalil


KIRA-KIRA 45 pengusaha dan penternak udang galah di seluruh Negeri Sembilan terkesan apabila gagal memasarkan hasil ternakan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.

Pengerusi Kluster Penternak Udang Galah Seri Menanti, Mohamad Qayyum Abdul Jalil, 30 dari Kampung Gunung Pasir Seri Menanti, Kuala Pilah berkata lebih dua tan ternakan itu yang bernilai kira-kira RM130,000 tidak berjaya dipasarkan kerana tiada pembeli.

Menurutnya, permintaan utama adalah adalah kalangan pengusaha kolam memancing di sekitar Negeri Sembilan selain Johor, Melaka dan Singapura.

"Bagaimanapun disebabkan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tiada aktiviti kolam memancing dibenarkan beroperasi membuatkan pengusaha pusat itu tidak membeli udang galah seperti biasa.

"Keadaan ini menyebabkan saya dan ramai pengusaha serta penternak udang galah di negeri ini menerima kesan ketara apabila pendapatan mereka terjejas selepas udang galah tidak dapat dipasarkan apabila cukup tempoh matang," katanya.

Mohamad Qayyum berkata pengusaha menanggung beban lain termasuk kos makanan udang galah yang tinggi selain harga benih udang sekitar lapan sen seekor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanip berkata, terdapat 45 pengusaha dan penternak udang galah di seluruh Negeri Sembilan yang

menerima kesan langsung sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini.

"Pengusaha kolam memancing rekreasi adalah pembeli utama udang berkenaan dan kini penternak udang galah sukar memasarkan ternakan mereka lantaran kolam memancing

menutup operasi atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menyekat penularan Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 7:11 PM