GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Shahrinnahar Latib


HASRAT juruteknik di Kuantan untuk memiliki telefon pintar Apple iPhone 11 tidak kesampaian, malah terpaksa menanggung kerugian RM22,750 selepas diperdaya lelaki di Instagram.

Kejadian bermula pada 28 Mei lalu apabila mangsa lelaki berusia 22 tahun melihat iklan telefon pintar berkenaan diInstagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berminat untuk membeli telefon itu dengan harga RM1,350.

"Untuk mendapatkan telefon berkenaan, mangsa membuat enam kali transaksi kepada dua akaun yang diberikan suspek kononnya untuk pelbagai tujuan sehingga menjadi jumlah keseluruhan RM22,750.

"Namun suspek masih lagi meminta mangsa membuat bayaran, tetapi lelaki itu tiada wang lagi sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan, semalam," katanya dalam satu kenyataan di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, susulan laporan dibuat mangsa, polis membuka kertas siasatan kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 11:36 AM