Saipul Adli Mohamad dan Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia sudah melakukan ujian saringan terhadap 18 ahli keluarga terdekat dan 38 kakitangan Wisma Putra selepas seorang kakitangan Kementerian Luar disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesan seorang kakitangan Wisma Putra yang disahkan positif dan ketika ini sedang mengenal pasti kontak rapat dalam kalangan keluarga.

"Kita sudah melakukan ujian saringan terhadap 18 ahli keluarga manakala 38 kontak rapat dalam kalangan rakan sekerja di pejabat.

DR NOOR Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. FOTO BERNAMA
DR NOOR Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. FOTO BERNAMA

"Setakat ini, kakitangan berkenaan yang positif sudah diasingkan dan dirawat di hospital manakala 46 individu lain diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari," katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, kebanyakan mereka didapati negatif virus itu dan selebihnya masih menunggu keputusan ujian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2020 @ 7:11 PM