Nur Izzati Mohamad

GELAGAT beberapa karakter adiwira dan maskot kegemaran kanak-kanak mengedarkan bubur lambuk mencuri tumpuan pengguna jalan raya di Sungai Dua, Butterworth, hari ini.

Karakter Ultraman, Kamen Rider, Spiderman, Power Rangers dan Garfield nyata menghiburkan suasana terutama mereka yang baharu pulang dari kerja.

Penganjur program, Mohamad Syukur MohdPatthi, 26, berkata aktiviti mengedarkan bubur lambuk dengan berpakaian kostum adiwira dan maskot bertujuan mahu menggembirakan orang awam.

Antara sekumpulan ‘super hero’ menyerahkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui Jalan Sungai Dua di sini. Sebanyak 450 bungkus bubur hasil sumbangan rakan-rakan kostum diberi nama 'Geng Superhero Penang', antara rakan kostum terlibat ialah Ultraman Zero, Spiderman, Kamen Rider, Power Rangers, dan Badut yang turut mengenakan penutup hidung dan mulut. FOTO DANIAL SAAD

Katanya, dia bersama 'Geng Superhero Penang' memahami keadaan orang ramai yang terkesan berikutan pandemik Covid-19 hingga terpaksa duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Justeru, saya bersama kumpulan berpakaian adiwira dan maskot mengedarkan bubur lambuk bagi memberi keceriaan kepada orang ramai.

"Walaupun kami bukan adiwira sebenar sekurang-kurangnya membolehkan orang ramai mampu melalui fasa normal baharu ini dengan sebaiknya," katanya.

Antara sekumpulan ‘super hero’ menyerahkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui Jalan Sungai Dua di sini. Sebanyak 450 bungkus bubur hasil sumbangan rakan-rakan kostum diberi nama 'Geng Superhero Penang', antara rakan kostum terlibat ialah Ultraman Zero, Spiderman, Kamen Rider, Power Rangers, dan Badut yang turut mengenakan penutup hidung dan mulut. FOTO DANIAL SAAD
Antara sekumpulan ‘super hero’ menyerahkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui Jalan Sungai Dua di sini. Sebanyak 450 bungkus bubur hasil sumbangan rakan-rakan kostum diberi nama 'Geng Superhero Penang', antara rakan kostum terlibat ialah Ultraman Zero, Spiderman, Kamen Rider, Power Rangers, dan Badut yang turut mengenakan penutup hidung dan mulut. FOTO DANIAL SAAD

Katanya, sebanyak 450 pek bubur lambuk diedarkan kepada pengguna jalan raya sejak jam 5 petang.

"Kebanyakan pengguna yang melalui jalan itu mengambil kesempatan merakam aksi adiwira yang mengedarkan bubur lambuk dengan telefon pintar mereka," katanya.

Selain kawasan Sungai Dua, geng adiwira itu turut mengedarkan bubur lambuk di pasar malam Alma, Bukit Mertajam.

Antara sekumpulan ‘super hero’ menyerahkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui Jalan Sungai Dua di sini. Sebanyak 450 bungkus bubur hasil sumbangan rakan-rakan kostum diberi nama 'Geng Superhero Penang', antara rakan kostum terlibat ialah Ultraman Zero, Spiderman, Kamen Rider, Power Rangers, dan Badut yang turut mengenakan penutup hidung dan mulut. FOTO DANIAL SAAD
Antara sekumpulan ‘super hero’ menyerahkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui Jalan Sungai Dua di sini. Sebanyak 450 bungkus bubur hasil sumbangan rakan-rakan kostum diberi nama 'Geng Superhero Penang', antara rakan kostum terlibat ialah Ultraman Zero, Spiderman, Kamen Rider, Power Rangers, dan Badut yang turut mengenakan penutup hidung dan mulut. FOTO DANIAL SAAD

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2020 @ 8:41 PM