GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Suraya Roslan


KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) sudah menyalurkan dana bantuan secara 'one-off' sebanyak RM200 untuk setiap pelajar kepada institusi pengajian tinggi (IPT) untuk diagihkan kepada mereka yang layak.

KPT dalam satu kenyataan memaklumkan pembayaran hanya akan dibuat ke akaun bank milik pelajar terbabit.

"Pada 27 Mac, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) meliputi bantuan secara 'one-off' sebanyak RM200 kepada setiap pelajar IPT di bawah seliaan KPT.

"Bantuan ini diberikan kepada pelajar berstatus warganegara Malaysia dan aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020," katanya.

Menurutnya, bagi pelajar yang masih belum menerima wang bantuan, mereka diminta menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik atau Unit Hal Ehwal Pelajar dan Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing dengan segera.

"Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar IPT dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2020 @ 6:33 PM