Anggota APM Padang Terap berjaya menangkap cicak tokek yang masuk ke dalam rumah penduduk di Kampung Jabi ketika hampir waktu berbuka puasa. FOTO IHSAN APM
Anggota APM Padang Terap berjaya menangkap cicak tokek yang masuk ke dalam rumah penduduk di Kampung Jabi ketika hampir waktu berbuka puasa. FOTO IHSAN APM
Zuliaty Zulkiffli


Kehadiran seekor cicak tokek di dapur sebuah rumah di Kampung Jabi, Padang Terap, petang tadi mengganggu persediaan penghuni rumah itu untuk berbuka puasa.

Pegawai Pertahanan Awam Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehadiran cicak tokek itu pada 7 malam daripada seorang lelaki berusia 38 tahun.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat pemanggil, haiwan itu memasuki rumah berkenaan melalui ruang pintu dapur rumah itu.

"Berikutan itu dia menghubungi kami, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap untuk membantu menangkap haiwan yang bertindak agresif itu dan anggota kami tiba 7.25 malam.

"Gigitan cicak tokek ini lebih merbahaya dari patukan ular," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Shukri berkata, anggotanya yang diketuai Lans Koperal (PA) Mohd Khazali Abd Rahman bersama tiga anggota menangkap cicak tokek itu kira-kira 10 minit kemudian.

Katanya, cicak tokek seberat 350 gram dan panjangnya 35 sentimeter itu dibawa ke pejabat APM untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 8:49 PM