Konstable Muhammad Naim Ahmat Daud, dari balai Presint 7 yang hilang kawalan dan terbabas motosikal meninggal dunia selepas menerima rawatan lima hari di Hospital Putrajaya.
Konstable Muhammad Naim Ahmat Daud, dari balai Presint 7 yang hilang kawalan dan terbabas motosikal meninggal dunia selepas menerima rawatan lima hari di Hospital Putrajaya.
Samadi Ahmad


SELEPAS lima hari bertarung nyawa dan dirawat di Hospital Putrajaya, seorang anggota polis meninggal dunia tadi akibat nahas jalan raya di Jambatan Sri Saujana, Putrajaya.

Dalam kejadian jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa, Konstabel Muhammad Naim Ahmat Daud, 26, yang bertugas sebagai pemantau khas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terbabas dan hilang kawalan ketika menunggang motosikal.

Mangsa yang bertugas di Balai Polis Presint 7 dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan selama lima hari di Hospital Putrajaya.

Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 12.05 tengah malam tadi.

Menurut sumber, hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal bersendirian hilang kawalan menyebabkan dia terbabas.

Katanya, Muhammad Naim mengalami kecederaan di lutut, kepala dan tangan.

"Kes sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) sebelum ditukar kepada Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2020 @ 4:54 PM