ORANG asli Kampung Bakar Batu, Taman Perling beratur mengambil sumbangan yang disampaikan kepada mereka. FOTO OMAR AHMAD
ORANG asli Kampung Bakar Batu, Taman Perling beratur mengambil sumbangan yang disampaikan kepada mereka. FOTO OMAR AHMAD
Omar Ahmad


JABATAN Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri sentiasa memantau kebajikan masyarakat Orang Asli sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Pengarah JAKOA negeri, Mohd Badri Ismail berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima aduan atau isu berkaitan kekurangan bekalan makanan di 60 perkampungan Orang Asli di negeri ini.

Katanya, bantuan bakul makanan juga diagihkan kepada 3,786 keluarga orang asli pada fasa pertama.

"Bakul makanan mengandungi beras, gula, tepung dan pelbagai keperluan asas untuk fasa kedua kita sudah sampaikan pada Isnin lalu kepada 3,900 keluarga.

"Kita turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas Penyerahan bantuan sayuran, buahan, ayam dan ikan kepada penduduk Kampung Orang Asli Bakar Batu, Taman Perling di sini, hari ini.

Seramai 610 keluarga masyarakat Orang Asli dari lapan perkampungan sekitar Bandaraya Johor Bahru menerima bantuan sumbangan Pasaraya Econsave itu.

Antaranya Kampung Orang Asli Simpang Arang, Sungai Temon, Kuala Masai, Teluk Jawa, Pasir Putih, Teluk Kabong dan Pasir Salam.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2020 @ 5:12 PM