Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Amir Abd Hamid dan Suraya Roslan


TIADA kes pesakit Covid-19 yang sembuh sepenuhnya dijangkiti semula virus itu dan aktif kebolehjangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebaliknya berkata, ada beberapa kes dikesan adalah bersifat lemah dan tidak menjangkiti orang lain.

"Tiada pesakit yang dikesan dijangkiti semula. Cuma ada beberapa pesakit kita kesan, ia seolah-olah memberi kes positif tapi sebenarnya dalam peringkat 'virus shedding' (peluruhan virus)," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata, kapasiti makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah dipertingkatkan menjadi 44 makmal.

"Makmal terbaharu adalah di Hospital Miri, Sarawak. Kapasiti maksima untuk semua makmal ini adalah boleh melakukan 16,635 ujian sehari.

"Setakat 27 April, jumlah ujian seharian yang dijalankan adalah 11,162 sampel," katanya.

Beliau berkata, minggu depan pihaknya menjangka kapasiti ujian ditingkatkan sebanyak 22,000 ujian dengan peningkatan keupayaan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 6:14 PM