ANUAR Bakri Abdul Salam (tengah) berbuka puasa bersama petugas SJR. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
ANUAR Bakri Abdul Salam (tengah) berbuka puasa bersama petugas SJR. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Mohd Khidir Zakaria


ANGGOTA keselamatan yang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas walaupun berdepan cabaran menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadan ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Anuar Bakri Abdul Salam berkata, demi

menjayakan misi mengawal pergerakan orang ramai, pasukan keselamatan berkorban jiwa dan raga ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menurutnya walaupun di bulan Ramadan dan berasa mahu berbuka bersama keluarga namun dengan keadaan penularan wabak Covid-19, mereka tetap bertugas seperti biasa.

"Petugas di SJR kelihatan bersemangat walaupun bertugas di bulan Ramadan dan kehadiran saya adalah untuk memberi sokongan moral dan bersama-sama merasai bertugas di bulan mulia ini.

"Kita masih belum menang dalam perlawanan ini. Saya berharap kita dapat memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini. Kerjasama semua pihak adalah diperlukan. Oleh itu kita berharap semua rakyat dapat membantu tugas ini dengan hanya duduk di rumah," katanya ketika majlis berbuka puasa ringkas bersama anggota polis dan tentera yang bertugas di SJR di Jalan Seremban-Tampin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 9:40 PM