ANGGOTA bomba membawa keluar mayat mangsa di dalam longkang di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat mangsa di dalam longkang di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


REMAJA lelaki dipercayai lemas di dalam longkang di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang, di Sungai Buloh, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.48 pagi tadi.

"Seramai lapan pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami menemui mayat mangsa berusia 18 tahun di dalam longkang berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 5:34 PM