ANGGOTA polis dan tentera komited berkawal di laluan utama Selayang Baru walaupun hujan, semalam selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan tersebut. FOTO Asyraf Hamzah
ANGGOTA polis dan tentera komited berkawal di laluan utama Selayang Baru walaupun hujan, semalam selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan tersebut. FOTO Asyraf Hamzah
Muhaamad Hafis Nawawi


MALAYSIA kini sedang dalam tempoh peralihan monsun yang bermula 23 Mac lalu dan dijangka berakhir pada pertengahan Mei ini menyebkan berlaku ribut petir dan hujat lebat di pantai barat semenanjung.

Ketua Pengarah METMalaysia Jailan Simon berkata, dalam tempoh ini, negara mengalami angin lemah dari beberapa arah.

Menurutnya, keadaan ini menyebabkan berlaku pembentukan awan terutamanya di pantai barat Semenanjung pada sebelah petang.

"Sebab itu banyak berlaku ribut petir dan hujan lebat pada sebelah petang dan awal malam di pantai barat Semenanjung.

"Kejadian hujan lebat yang turun dalam masa singkat boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah yang salirannya kurang baik, manakala ribut petir pula kadanglala disertai angin kencang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jailan berkata, ribut petir dan hujan lebat ini dijangka akan beransur-ansur berkurangan menjelang Mei terutamanya pada pertengahan Mei apabila negara mengalami Monsun Barat Daya pula.

Sementara itu, semakan di laman WebJabatan Meteorologi Malaysia yang dikemaskini 11.45 pagi tadi menyatakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Melaka dan Johor (Kulai dan Kota Tinggi) sehingga 2 petang ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka di negeri Terengganu (Kemaman), Pahang (Kuantan), Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru), Sabah di Sandakan (Telupid dan Sandakan) sehingga 1 tengah hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 12:06 PM