GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Noor Hidayah Tanzizi

Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutama pada waktu pagi diramal berlaku di pantai barat Semenanjung sehingga Khamis ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia berdasarkan analisis model-model cuaca.

"Penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung Malaysia sehingga 24 November ini.

"Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang membawa bersama ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutama pada sebelah pagi di pantai barat Semenanjung," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2022 @ 4:10 PM