PETUGAS kesihatan terdiri dari Doktor dan Jururawat mengambil sampel pesakit didalam wad yang menempatkan pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PETUGAS kesihatan terdiri dari Doktor dan Jururawat mengambil sampel pesakit didalam wad yang menempatkan pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Raja Noraina Raja Rahim


KERIAN di Perak, menjadi daerah terbaru dikategorikan zon hijau selepas mencatatkan sifar jangkitan koronavirus baharu (Covid-19), setakat 12 tengah hari semalam.

Daerah berkenaan sebelum ini mencatatkan 19 kes dan menunjukkan penurunan dari sehari ke sehari, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan yang bebas jangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 67 daerah.

Selain itu, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) juga mencatatkan zon merah kes aktif kekal 13 dan zon kuning pula 68.

Infografik CPRC juga menunjukkan Kuala Lumpur dan Selangor masih merekodkan jumlah kumulatif kes positif tertinggi iaitu masing-masing 1,154 kes dan 1,388 kes.

Kuala Lumpur juga mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu pertambahan 39 kes membabitkan daerah Lembah Pantai bertambah 27 kes, Kepong (10), Cheras dan Titiwangsa masing-masing bertambah satu kes.

Negeri lain yang turut merekodkan pertambahan kes baharu adalah Sarawak (10) diikuti Selangor dan Pahang bertambah satu kes serta tiada pertambahan kes di lain-lain negeri.

Bilangan kumulatif kes positif seluruh negara semalam adalah 5,742 kes dengan 1,882 kes aktif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2020 @ 1:19 PM