PENSYARAH kanan Biologi/Bio Kimia, Dr Zulhabri Othman (tengah) dibantu Dr Mahathir Mohd Uzid  membuat penilitian pada sampel sebelum membuat ujian di Management Science University (MSU), 23 April lalu. MSU antara Makmal Universiti yang terpilih oleh KKM bagi menyediakan perkhidmatan ujian Covid-19. FOTO Osman Adnan

Raja Noraina Raja Rahim

DAERAH Hilir Perak dan Batang Padang di Perak mencatatkan sifar kes aktif Covid-19, setakat 12 tengah hari semalam.

Hilir Perak adalah daerah kedua yang berada dalam zon merah bebas wabak itu selepas Rembau.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), 13 daerah zon merah lain turut menunjukkan perkembangan memberansangkan apabila mencatatkan penurunan kes hampir setiap hari.

Daerah berkenaan adalah Kinta mencatatkan tiga kes aktif, Gombak (21), Sepang (7), Hulu Selangor (5), Cheras (33), Putrajaya (27), Jasin (18), Kulai (23), Batu Pahat (12), Jerantut (17), Kota Bharu (4), Kota Kinabalu (19) dan Tawau (21).

Selain itu, infografik CPRC juga menunjukkan 67 zon kuning.

Kuala Lumpur dan Selangor masih merekodkan peningkatan kes baharu positif Covid-19 dengan masing-masing 1,170 kes dan 1,394 kes.

Negeri lain yang turut merekodkan pertambahan kes baharu adalah Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Untuk rekod, bilangan kumulatif kes positif seluruh negara semalam adalah 5,780 kes dengan 1,820 kes aktif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 12:55 PM